Wednesday, 3 September 2014

#update9 pernah terfikir nak berhentikan masa ?


assalamualaikum , hello , hi.
after a month baru dapat update. Sibuk. Terlalu sibuk sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Pagi pergi sekolah, balik pukul 4, rehat, malam pukul 9 da start buat homeworks , pukul 11 tidur , pukul 2.30 - 3.00 da bangun study. tak tahu la cara ni betul ke tak. as long as aku tak pengsan kat sekolah, aku rasa cara aku betul . 

Pernah tak terfikir nak berhenti kan masa. berhenti kan masa supaya diri lebih bersedia untuk hadapi apa yang akan berlaku di hadapan. Supaya diri lebih yakin. Supaya apa yang jadi dekat depan mendapat keputusan setimpal dengan usaha. berharap masa berhenti, kerana tak pernah yakin dengan persediaan diri sendiri. tak yakin dengan usaha yang dibuat cukup atau tidak. tak yakin usaha itu boleh membuahkan hasil. cuba untuk sedapkan diri sendiri bahawa semua usaha itu berbaloi, tapi ......... 

pernah tak terfikir nak berhentikan masa. sebab diri terlalu gembira. sebab gembira dengan apa yang terjadi. berharap masa gembira itu terus berlaku. dengan kata lain , takut dengan apa yang akan jadi pada masa depan. takut dengan kesedihan yang mungkin datang tanpa diundang. takut dengan masalah yang datang tanpa diduga. 

pernah tak berharap masa akan berhenti sebab takut dengan perpisahan. takut kehilangan mereka yang rapat. takut tak kan jumpa dia lagi. takut dengan perasan rindu. kadang kadang nak salahkan diri sebab dia dtg waktu semuanya hampir di penghujung. semakin dekat hari itu semakin rasa suka. bukan tak pernah cuba berhenti, tapi diri susah nak kawal hati. 

semakin dekat pada hari penghujung, yang dulu di tunggu tunggu banyak perkara indah jadi. semakin banyak gelak tawa, semakin banyak senyuman yang muncul. semakin hati tidak neutral. dulu hari itu, hari yang paling ditunggu tunggu tapi hari ni aku berharap masa berhenti. bagi aku menikmati segalanya. bagi aku buat sebanyak memori yang boleh. aku tahu aku tidak mampu berhentikan masa, aku cuma berharap hati akan kembali neutral, semua gelak tawak dan senyuman akan kekal sehingga akhirnya. aku akan akhirkan semuanya dengan penuh senyuman.

No comments: