Saturday, 10 January 2015

2015 Resolution


SALAM, hello, hi . dah 10th January tapi tak terlambat rasanya nak buat update pasal azam tahun baru . Azam tahun 2014 , ada dua tiga yang berjaya . yang lain akan di bawa ke tahun 2015 . okayy mari mulakan. 

1. Be a better person
- rasanya semua orang letak ni dalam resolution diorang. siapa je yang tak nak berubah jadi lebih baik . kalau handphone pun kena update untuk lebih baik . manusia apatah lagi . Be a better person dalam konteks , sebagai seorang manusia , anak dan seorang muslim . inshaallah .

2. Diet ( nak kurus )
- setiap tahun aku letak benda ni dalam resolution dan rasanya setiap tahun gagal . sebab siapa je yang boleh tolak makanan , seperti coklat , cheezy wedges dan sebagainya. macam mana nak kurus kalau setiap kali stress makan , kalau senang hati pun makan , kalau nak celebrate apa apa pun makan. semua yang perlu dibuat mesti kena ada makanan. aku nak kurus bukan nak melidi tinggal tulang bila pegang rasa tulang je . aku cuma nak balance berat aku dengan tinggi aku . kalau nak tinggi memang pada umur 20 tahun ni memang macam tak nampak je harapan dia. kalau meninggi pun mungkin 1cm setahun .

3. Baca banyak buku berbentuk fakta
- sejak sejak akhir akhir ni aku punya pengetahuan am ma cam tak meningkat je. aku rasa aku kena banyak membaca dari sumber sumber yang boleh dipercayai , bukan dari sumber sumber tak berasas sebagai contoh * cough* laman sosial * cough* . sumber sumber yang boleh dipercayai pastinya buku - buku. dan aku tahu buku buku fakta cenggini selalunya memerlukan investment yang banyak. tapi untuk ilmu tak salah rasanya.

4. baca banyak buku english
 - ni salah satu cara nak improve english aku yang semakin berhabuk sebab tak praktikkan. kalau dulu pun grammar tunggang langgang sekarang kalau dengar aku speaking rasanya macam kena landa tsunami grammarnya . lol .aku ada 4 ke lima buah novel english yang tgh tggu turn untuk dihabiskan. buku ni dah berkurun beli tapi tak habis habis dengan alasan sibuk . padahal malas nak baca , ditambah dengan malas nak cari perkataan yang tak faham dalam kamus .


sebenar ada je lagi azam azam lain yang perlu dirahsiakan kerana bersifat peribadi . apakejadah yang peribadi sangat pun tak tahu. lol . next entry mungkin Study Tips / Organization Tips . almaklumlah musim musim Back To School ni.
High School Love On Review masih dalam process , tengah tggu mood datang . dah diseru tapi masih tak sampai .

okaayyy  .see you at the next entry .
Adiossssss . Byeeeeeee , Salam . :)

2 comments:

ismah hani said...

terbaik la azam tahun baru kau. Yang no 1&2 tu sama lah dengan aku.

fifie feyca said...

wah.. inysaAllah boleh.. good luck :)