Monday, 9 February 2015

STUDY TIPS



SALAM, hello , hi.
sepatutnya dah lama dah update pasal ni, tapi tak tahu kenapa rasa macam malas je nak menaip. sekarang dah ada mood , baru boleh update. first aku nak bagi tahu yang aku tak ada la layak sangat nak bagi study tips ni , maklum la result pun biasa biasa je. tapi aku harap benda ni dapat membantu. lagi satu tips ni berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni. 
okayyyy let's start . 

1.  be comfortable .
 - selesa dari semua aspek , apa yang korang pakai , tempat korang belajar dan minda korang. pastikan korang dalam keadaan selesa untuk belajar . or else benda korang belajar tu tak masuk pun. tempat belajar , pulak aku memang tak galakkan korang study dekat tempat tidur / katil . sebab godaan katil akan buatkan korang tertidur. kalau korang study dekat meja pastikan meja korang bersih , itu akan memberikan keselesaan. kalau boleh jauhkan diri daripada sebarang gadget . sebabnya gadget adalah antara godaan paling berat masa belajar. 

2. baca dan buat nota 
 - bila korang study subjek yang kena banyak menghafal, aku sarankan baca sambil buat nota. sebab bila korang menulis dia lagi senang masuk. jangan buat nota sambil dengar lagu, sebab otak tak boleh proses dua benda dalam satu masa. kalau korang still nak buat nota sambil dengar lagu, korang kena pastikan korang baca nota korang lepas habis je buat nota. nota korang pulak , buat nota yang akan menarik minat korang untuk baca nanti, ada sesetengah orang prefer colourful notes , ada orang suka buat peta minda dan ada orang suka yang simple dengan tulisan nota berwarna hitam atau biru. 

3. Quotes / matlamat
- cari quotes yang boleh membina , tampalkan dekat dinding or buat sebagai penanda buku. tak pun korang tulis apa matlamat korang . benda ni nampak macam , cliche gila . tapi percaya lah , akan ada satu masa bila korang dah penat gila study dan dah mula hilang fokus masa tu akan ada tanda tanda nak give up . matlamat korang akan bawak korang balik kejalan yang sepatutnya.

4. Rest 
- bila korang study pastikan korang rehat. apa yang aku selalu buat 30 - 45 minutes study then 10 - 15 minutes rest . bagi aku ni cara otak aku nak proses apa yang aku belajar. masa ni lah korang nak check all social media korang , dengar lagi , renggangkan badan sebab duduk lama sangat . 

5. Fokus dalam kelas
- okayyy ni memang cliche nak mampus . tapi percaya lah , ni adalah benda paling penting sekali. sebab ada tips nak jawab soalan yang cikgu je tahu. aku pernah cuba untuk belajar sendiri sejarah paper sem 1 tanpa fokus dalam kelas dan resultnya aku fail subjek tu dan terpaksa repeat .

6. Study Group
- study group bergantung pada individu. ada yang prefer study sorang sorang. tapi bila ada benda yang tak faham baik buat ramai ramai.dulu masa aku form six , kiteorang buat study group jadi fun. kiteorang main cikgu cikgu , seorang mengajar kat depan , tulis kt papan putih sambil terangkan. habis tu buat latihan , siapa markah paling sikit kena belikan coklat tak pun kena buat something. lagi satu , aku dengan kawan kawan aku suka bersaing. siapa akan markah lagi tinggi. semua ni aku buat dengan kawan kawan terdekat , yang bila kau bahan dia fail atau dapat markah rendah sebab dia banyak main . tapi dia sikit pun tak kisah.

7. Treat yourself
 - aku selalu buat ni . aku seorang yang suka tengok kdrama , variety shows , youtube videos. apa yang aku akan buat ialah , aku akan belajar isnin sampai jumaat tanpa tengok semua ni. Sabtu dan Ahad baru aku tengok semua ni sepuas puasnya. kadang kadang aku tak belajar pun sabtu dengan ahad kecuali buat homeworks. sabtu dan Ahad tu macam ganjaran untuk diri aku sebab berusaha sepanjang minggu.

8. Pecutan terakhir
 - aku selalu buat selalunya masa lepas trial . lepas trial biasanya ada sebulan atau sebulan setengah . masa ni aku dah start bangun dua tiga pagi untuk study. sebab waktu macam ni mudah sikit nak masuk . lepas tu 2 minggu sebelum paper aku dah stop tgk semua kdrama , variety shows dengan youtube videos. tapi aku still dengan social media aku .

aku rasa tu je. benda benda yang lain macam hormat cikgu , jangan buat cikgu marah , solat . semua tu memang kena jaga. sebab nak keberkatan . bila korang dah berusaha then serah semua dekat ALLAH . inshaallah dipermudahkan semuanya .

okayyy . The end
byeeeeeee :) adios . 

No comments: