Friday, 13 February 2015

#Update 1 : My Life

salam , hello hi. 
sekarang dah masuk pertengahan bulan 2 2015 . aku masih lagi syafiqah azli. itu yang pastilah , sebab nama tu memang dah tak boleh ubah. hahah. life , masih berjalan seperti biasa. masih penganggur. mungkin start kerja bulan tiga , sebab nak tunggu masuk U memang lambat lagi, result penuh STPM pun tak keluar lg, UPU pun tak mohon lagi . kertas no pin masih terlipat kemas dalam wallet .

result sem 3 dah keluar , keputusan sedikit mengecewakan sebab tak lepas target. sedih ? mestilah. tapi nak buat macam mana, usaha pun tak setimpal rasanya dengan permintaan . memang sem 3 ni memang mood malas tu da datang mungkin sebab dah nak habis sekolah. masa result keluar hari tu ada la datang sekolah , nak jumpa cikgu. mungkin sebab result tak capai target cikgu, kedatangan macam tak disambut dengan gembira. sedih pun ada. cikgu PP jugak yang menyambut kedatangan aku dengan gembiranya , yang sejukkan hati yang tengah rasa sedih sebab result tak berapa mencapai target .

lain ? masih meneruskan resolution 2015 . berat badan masih tak turun turun . rasanya makan dah kurang , cuma exercise je buat bila nak buat . tu pun buat tak sampai 30 minit. badan aku ni memang tak boleh betul buat sports ni , nanti mula la rasa sakit. buku ? dari bulan satu hari tu baca satu novel english tak habis habis. jangan risau masih berusaha. sikit lagi nak habis. hahaha

lagi ? masih cuba berjalan ke arah positif. cuba buat benda benda yang sebelum ni tak buat. masih berusaha betulkan mana yang tak betul. masih berusaha. aku terapkan prinsip , " perlahan lahan . jangan gopoh " , sebab kalau buat kerja gopoh , result tak cantik .

adiossssssss .
bye.

No comments: