Wednesday, 26 August 2015

[ NOVEL REVIEW ] Pakar by Nadia Khan


SALAM , hi , hello
so this is my first time buat novel review. aku sebenarnya memang suka baca karya Nadia Khan, aku pun tak tahu kenapa. Kelabu by Nadia Khan jugak novel fixi pertama yang aku baca yang buatkan aku berminat nak baca lagi buku fixi . okay , cukup cukup la intro tu karang meleret ke benda lain . 

Pakar ada dua cerita 

1. Agensi Curi Jodoh / Pakar Curi Jodoh - cerita pasal liya yang nak sangat kahwin . dah beberapa kali putus cinta sebab ex boyfriends dia tak sedia lagi nak kahwin. ( itu apa yang aku faham ) one day dia terjumpa dengan Rouk yang buka Agensi Curi Jodoh. Agensi Curi Jodoh ni akan cuba satukan kau dengan orang kau suka walaupun orang tu dah ada girlfriend. personally aku tak suka cerita ni, aku tak tahu kenapa. aku amik masa nak habiskan baca cerita ni. konsep cerita ni unik. memang tak ada unsur cliche langsung. ending dia pun bukan something yang aku jangka akan jadi . aku suka moral cerita ni . "jodoh tak boleh dipaksa , jodoh tak boleh dicuri". kalau dia memang jodoh kau, kau tak perlu try hard pun dia akan jadi milik kau, tapi kalau dia bukan jodoh kau, kau buat apa upah la mana mana agensi pun, kau tak kan dapat milik dia. 
Untuk cerita ni aku bagi 3/5 bintang. 

2. Pakar Sakit Hati - Kisah Sandra & Max yang buka klinik kaunseling untuk pasangan suami isteri. suatu hari Sandra & Max dapat dua kes , kes pertama seorang isteri ( Nina ) menceritakan bahwa dia sering ternampak kelibat 'arwah' suami dia dirumah dengan kata lain Nina ni mengalami halusinasi , kes yang kedua , seorang suami ( Fairuz ) yaang dah tak tahan dengan perangai isteri yang selalu marah marah dan ada niat nak membunuh isteri dia. kisah dia bermula kat sini bila Max upah Jon dan Joni untuk siasat pasal si Fairuz ni dalam masa yang sama si Max ni cuba selesaikan masalah Nina. 
Aku suka cerita ni sebab dia ada kena mengena dengan psychology . cerita ni banyak melanggar semua expectation aku. apa yang aku jangka akan jadi sebenarnya sebaliknya. banyak unsur terkejut dalam cerita ni. aku habiskan cerita ni dalam masa sehari , sebab aku tak sabar nak tahu ending dia. aku suka part climax cerita ni, aku suka macam ni satu persatu rahsia terbongkar. 
untuk cerita ni aku bagi 5/5 bintang. 

secara kesuluruhan 8/10 :)

No comments: