Friday, 11 September 2015

Patah Hati

SALAM , Hi , hello . 
aku tengah bergolek atas katil sebab hari ni , hari sabtu. memang tak ada class dan aku bukan jenis keluar merayap . hari pun agak mendung macam nak hujan. aku rasa dah nak masuk musim tengkujuh. aku yang belajar kat pantai timur ni memang kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. 

patah hati ? macam pelik bila aku cakap pasal patah hati. aku tak adalah nak cakap patah hati. rasa dia macam he's someone yang kau selalu harapkan, orang yang bila kau rasa macam down kau boleh cakap apa je. tapi bila dia cakap dia ada someone, yang dia suka or dia berminat . kau rasa macam kau hilang orang yang boleh dengar semua cerita kau. itu pandangan aku lah . since aku memang ada a few je manusia aku boleh percaya untuk cerita apa yang jadi dalam hidup aku.

bila orang tanya aku suka dia ke ? aku memang tak ada jawapan untuk soalan tu. suka memang la suka dia memang jenis yang tak pernah jemu nak dengar cerita aku. lebih dari tu. aku memang tak ada jawapan. sebab lebih dari tu aku perlukan commitment yang lagi besar. aku sebenarnya tak suka commitment. aku tak reti nak jaga hati orang. bagi aku bila aku in relationship with someone maknanya mata aku ni tak boleh nak merayap tengok orang lain. aku ni jenis suka tengok orang, aku jadikan seseorang tu eyemo. tahu je lah perempuan. ( ke aku sorang jenis macam ni)

untuk yang bertanya aku okay ke idok . aku okay. 100% okay, this kind of things memang tak kan effect hidup aku dalam jangka masa lama. sebab ada banyak benda lagi nak fikir. contohnya buat entrepreneurship dengan nota management. sambil fikir macam mana nak hadam apa yang Lecturer muda bergaya ajar. hahaha. 

so byeeeee :)
SALAM

No comments: