Monday, 9 November 2015

Take me away


kenapa take me away ? sebab aku tengah dengar lagu take me away. tu je. 
aku tengah cuti bukan midterms sebab midterms aku dah lama habis. ni cuti kelas cancel plus deepavali plus cuti keputeraan sultan kelantan. cuti jadi banyak. tapi aku decide nak balik kelantan awal sikit. sebab aku rasa aku kalau aku duduk sini terlalu lama aku mungkin lupa banyak benda, lupa siapa aku, lupa apa yang aku patut buat dan lupa pada lists aku. aku kena balik kelantan untuk pastikan on track balik dan start lupakan banyak benda dan focus pada satu benda je. 

aku lupa yang aku bukan siapa-siapa tapi still mengharap tinggi. still ada imagination yang melampau acah acah drama pukul 7 tv3 . aku patut bersyukur bila ada orang ada untuk aku bukan mengharap yang bukan bukan. disebabkan dia baik dengan kau that does not mean dia suka kau. dia baik dengan semua orang. SEMUA ORANG. sebab dia memang macam tu. tolong la ingat. dia dah buat garis pemisah, kau tak nampak ke? dia dah lukis garis tu dah lama. 

syafiqah azli kena balik dunia reality secepat mungkin. untuk balik dunia reality tu aku kena balik kelantan sebab dekat sana aku akan nampak apa yang patut aku buat. supaya aku boleh nampak mana lagi penting dari layan perasan yang bukan bukan. dari start buat imagination drama pukul 7. supaya aku ingat apa yang aku pernah cakap dulu, supaya apa yang aku cakap tak makan diri aku sendiri. 

nota  kecik
thanks for being such a good listener
and sorry for being such a burden to you.
sorry for being clingy.
sorry that i misunderstood u.
sorry because i ........

No comments: